Kenapa menggunakan ejen hartanah untuk mencari hartanah idaman anda

Putrajaya Semi-D for sale, 2 s storey

Putrajaya Semi-D for sale, 2 s storey

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Saya sudah berkecimpung dalam bidang hartanah sejak 3 tahun yang lepas. Bermacam ragam manusia sudah saya jumpa, dari pihak penjual yang mahu menjual hartanahnya kepada para pembeli yang mencari rumah idaman.  Dari pihak pembeli pula, ada berbagai sebab tujuan kenapa membeli hartanah. Ada yang membeli rumah sebagai rumah pertama, ada yang membeli untuk menaik taraf rumah sedia ada (sebagai contoh dari rumah condo kepada rumah teres, ramai juga yang membeli sebagai pelaburan (investment).

Kenapa saya?

Sepanjang 3 tahun lepas, saya sudah bekerjasama dengan ramai pihak peguam, pihak bank, pihak jurunilai dan pihak mortgage specialist dan saya tahu syarikat mana yang berjaya memberikan perkhidmatan terbaik.

Saya adalah ejen berdaftar hartanah dengan REN ID No REN04138, bernaung di bawah Reapfield Properies

Kenapa menggunakan khidmat ejen hartanah berdaftar?

LPPEH : Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (BOVAEA : The Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia)

LPPEH :
Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia
(BOVAEA : The Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia)

– Semenjak Mei 2014, kerajaan Malaysia telah mengarahkan semua ejen hartanah wajib berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah di mana mereka akan dibekalkan dengan ID unik berserta Tag.
– Antara syaratnya, setiap ejen Hartanah Berdaftar mesti bernaung di bawah Agensi Hartanah & wajib menghadiri Seminar Pendaftaran Ejen Hartanah
– Sekiranya berlaku sebarang salah laku, anda seharusnya mempunyai maklumat agen tersebut untuk di bawa ke muka pengadilan
– Deposit Pembeli akan di simpan ke dalam bank di Akaun Pelanggan Agensi Hartanah sebagai Pemegang Amanah bagi memastikan tiada penyelewengan

Harga

Exposure

Isi kandungan

Penutup

There are no comments yet.

Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *